AAAAZZZ

Mata wang bitcoin: Halal atau haram, Kolumnis, Berita Harian

Mata wang bitcoin: Halal atau haram, Kolumnis, Berita Harian

EVOLUSI mata wang berubah dari barangan, kulit kerang, besi, emas, perak, kertas dan sebagainya. Apa yang dianggap berharga oleh masyarakat, maka itulah mata wang diterima pakai.

Hari ini, timbul pula bitcoin yang sohor kini dan dikatakan, mudah serta senang diterima pakai dalam transaksi digital. Masyarakat heboh mencari hukum, sama ada halal atau haram bitcoin ini. Banyak pandangan yang dirujuk sama ada ulama dan pakar kewangan Islam. Pendapat yang diberikan nyata berbeza.

Mufti Shawki Allam dari Mesir mengharamkan bitcoin atas dasar elemen perjudian. Ia juga membuka pintu kepada pengubahan wang haram. Pengarah Vishal Ehwal Turki juga menyatakan, bahawa bitcoin adalah bertentangan dengan Islam kerana ia tidak dikawalselia.

Ramai yang cuba untuk memahami kompleksiti kerana ia sesuatu yang baharu bagi semua orang. Kebanyakan pengasas mata wang digital berpendapat, logik adalah faktor utama. Sentralisasi mata wang menyebabkan banyak kesusahan dan peraturan maka mereka memilih sesuatu yang menyenangkan dan lari dari konsep tradisional.

Peliknya, sehingga ke hari ini masih belum ketentuan siapakah pengasas bitcoin yang misteri di sebalik nama, Satoshi Nakamoto. Di mana puncanya dan apakah tujuannya masih menjadi tanda tanya.

Nilai ditentukan masyarakat

Bitcoin adalah salah mata wang kripto yang lahir secara digital. Digunakan sebagai mata wang untuk memastikan keselamatan sesuatu transaksi. Jadi, semua transaksi dijalankan menerusi kod. Tidak dikawal oleh mana-mana negara, nilainya ditentukan oleh masyarakat.

Menariknya, kajian dari Forum Kewangan Islam 2016 (IMF) menunjukkan nilai bitcoin lebih tinggi dari minyak, emas dan euro. Menurut majalah The Guardian, terdapat 800 mata wang digital yang bernilai RM383 billion! Selain dari bitcoin, mata wang kripto melahirkan banyak lagi mata wang lain yang dikenali sebagai Ethereum, Zcash, Dash (darkcoin), tezos, Ripple, Monero dan banyak lagi.

Menurut majalah Forbes, Ethereum sendiri mendapat sambutan tinggi sejak dilancarkan oleh pengasasnya, Vitalik Buterin pada 2014 di Amerika Utara.

Kanada membenarkan pemilikan dan penukaran bitcoin dan mengawasinya menerusi undang-undang pengubahan wang haram. Kanada berhasrat untuk menjadi hab dunia kepada revolusi ‘blockchain’. Banyak usaha sudah dilakukan setakat ini untuk merealisasikan tujuan berkenaan.

Spekulasi lonjak nilai

Pada Four Disember 2018, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro membuat pengumuman kemungkinan menggunakan mata wang kripto sebagai mata wang dan dikenali sebagai ‘petro’ sebagai satu cara untuk mematahkan sekatan kewangan yang dikenakan Amerika Syarikat (Spil). Mungkin ini juga satu cara bagi menyelesaikan hutang negara Venezuela kepada pelabur sebanyak RM562 billion.

Bagaimanapun, Ketua Global Venture Capital di Aberdeen Asset Management, Peter Denious, memberi peringatan. Katanya, harga yang melonjak naik bukanlah didorong oleh pengguna rangkaian digital yang ramai tetapi ia didorong oleh spekulasi bahawa token atau mata wang digital akan melonjak naik.

Bitcoin digemari kerana mata wang digital dikatakan, menggunakan sistem ‘tanpa faedah’, sekaligus lari dari konsep ‘multiplication’ yang wujud dalam sistem perbankan ‘Reserve’ berasaskan riba.

Jika membeli Bitcoin BTC pada harga RM1,000 dan dijual balik pada kadar RM5,000, bunyinya amat menguntungkan. Seperti membeli wang dan mendapat wang tambahan hasil dari pembelian wang berkenaan. Apa yang didagangkan untuk mendapatkan wang itu masih menjadi tanda tanya.

Jika nilai melonjak hanyalah berteraskan spekulasi, maka ini sesuatu yang perlu dikupas tuntas oleh syariah. Bukan hanya syariah, malah sistem perundangan, perakaunan dan kesan sosial yang akan melahirkan ‘manusia kripto’. Adakah dengan melombong ‘mining’ boleh dianggap sebagai bekerja dan sebagai upah diberi bitcoin.

Satu lagi persoalan, adakah bitcoin disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, perak dan sebagainya? Atau hanya dinilaikan berdasarkan kod kripto dan spekulasi? Adakah dengan lonjakan nilai bitcoin, maka Canap Pusat juga harus mencetak wang kertas dengan banyak dengan kadaran tukaran nilai bitcoin yang dituntut?

Adakah dengan banyaknya wang dalam pasaran nanti akan menyebabkan inflasi? Kajian dari IMF juga menunjukkan, kemungkinan besar akan berlakunya penghindaran cukai. Kemungkinan kita akan mendengar ‘saham bitcoin’, sukuk Monero, Ripple Musharakah, deposit Ethereum dan sebagainya pada masa hadapan.

Ada kebaikan, keburukan

Kemungkinan juga Bitcoin Islamik akan menerobos persada mata wang digital. Nampaknya, mata wang digital ini ada kebaikan serta keburukan. Skala mata wang digital amat kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan sistem mata wang. Cuma nilainya yang naik mendadak agak mencabar kesabaran bagi pengusaha kewangan.

Adakah bitcoin ini boleh dihukum seperti (pertukaran matawang) sarf? Atau dihukum atas dasar maslahah ummah dalam transaksi digital. Namun, apa yang pasti, bitcoin ini membawa idea ke arah ‘satu mata wang’ yang mana satu dunia setuju dalam talian untuk menggunakan bitcoin tanpa ada kos pertukaran.

Dalam Islam, bukan hanya riba yang dititikberatkan, malah spekulasi, ketidaktentuan (gharar), ketidakadilan dan kezaliman. Diharapkan agar adanya keputusan syariah yang mengupas tuntas persoalan di atas agar pelabur mata wang digital mampu untuk melabur atau tidak melabur dengan yakin. Semoga kita semua diberi tambahan ilmu supaya tidak tersesat.

Penulis ialah Penolong Professor Kanan

Related movie: Unie Connect Opening Ceremony | China


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *